Rio de Janeiro: Pemain Santos, Rony menghargai sifat pemurah Neymar dan keprihatinan bintang Brazil itu selepas bapanya maut dibunuh.

Marigerson Barbosa Carneiro, 72, dilaporkan maut akibat ditikam, kelmarin.

Neymar tampil membantu dengan menawarkan pesawat peribadi kepada rakan sepasukannya itu bagi membolehkan Rony bersama keluarga bergegas ke Para, lokasi kejadian dipercayai berlaku.

Menurut laporan Marca, polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung kes pembunuhan itu dan seorang wanita sudah ditahan.