Sultan Perak juga menitahkan jauhi perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
Key takeaways
Sultan Nazrin menasihatkan Ahli Dewan Negara dan pembesar istana Perak agar tidak menggunakan gelaran untuk kepentingan peribadi atau perniagaan. Baginda turut menekankan pentingnya menjaga kerahsiaan, bijak menggunakan media sosial, serta sentiasa dekat dan prihatin terhadap keluhan rakyat.
- Baginda melarang penggunaan kedudukan untuk meminta keistimewaan atau mengumpulkan kekayaan secara tidak wajar.
- Ahli dewan dan pembesar istana diarahkan menjaga kerahsiaan dan tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan.
- Sultan Nazrin menekankan keperluan untuk menjauhi budaya berpuak dan memastikan rakyat tidak takut mengadu masalah.
Summarised automatically by AI from the original article by Free Malaysia Today. AI can make mistakes, so check the original for details.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah turut ingatkan Ahli Dewan Negara negeri Perak dan pembesar istana supaya mengelak daripada diperalatkan untuk membantu pihak tertentu secara tidak wajar. (Gambar Bernama)KUALA KANGSAR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengingatkan Ahli Dewan Negara negeri Perak dan pembesar istana supaya tidak sekali-kali menggunakan nama raja, pengaruh istana atau gelaran disandang untuk mendapatkan keuntungan peribadi, mencari laba dan peluang perniagaan.
Sultan Nazrin juga menitahkan mereka supaya mengelak daripada diperalatkan untuk membantu pihak tertentu secara tidak wajar, meragukan atau menekan sesiapa.
Baginda bertitah rasuah dan salah guna kuasa serta sebarang perbuatan yang boleh menimbulkan keraguan serta mencemarkan nama baik takhta dan istana juga perlu dijauhi.