KUALA LUMPUR – Saksi ketiga pihak defendan dalam kes saman fitnah yang difailkan Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Sungai Besar, Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor dan timbalannya, Dr. Saidah Harith terhadap pelakon Rita Rudaini, bersetuju bahawa 22 kenyataan yang diterbitkan defendan di media sosial merujuk kepada kedua-dua plaintif.Guru, Shah Nooramie Shaffiee, ketika disoal balas peguam plaintif pada prosiding di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Nixon Kennedy Kumbong, pada Rabu, turut bersetuju bahawa pihak yang membuat sesuatu kenyataan tanpa bukti perlu mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataan berkenaan.Bagaimanapun, persoalan sama ada kenyataan-kenyataan terbabit memenuhi unsur fitnah dari sudut undang-undang masih belum diputuskan mahkamah.Prosiding pada Rabu turut menyaksikan saksi kedua defendan, Roshda Alias, yang bertugas sebagai Pegawai Teknologi Maklumat di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), memberikan keterangan pada sesi pagi.Ketika disoal mengenai dakwaan berkaitan pemberian hadiah umrah kepada bekas Pengetua MRSM Sungai Besar, Roshda bersetuju bahawa tiada bukti dalam ikatan dokumen mahkamah menunjukkan perkara itu pernah dibangkitkan kepada plaintif atau dalam kumpulan WhatsApp yang turut disertai mereka.Beliau turut menjelaskan bahawa secara peribadi tidak mempunyai masalah dengan MUAFAKAT MRSM Sungai Besar, sebaliknya hanya mahukan penjelasan berhubung beberapa persoalan yang pernah dibangkitkan.Roshda juga memaklumkan pernah aktif membantu program MUAFAKAT termasuk sambutan Hari Raya, manakala anaknya aktif dalam bidang sukan dan pernah mewakili sekolah dalam pasukan bola sepak.Ketika ditanya sama ada mengetahui defendan pernah menghubungi plaintif untuk mendapatkan penjelasan sebelum sesuatu kenyataan diterbitkan di media sosial, beliau menjawab tidak pasti.Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan cadangan peguam plaintif bahawa dirinya sebenarnya tidak mengetahui perkara tersebut.Berhubung sidang media pula, Roshda berkata tidak pasti sama ada pernah dimaklumkan bahawa writ saman telah dimeterai, namun bersetuju bahawa maklumat yang disampaikan ketika sidang media itu adalah writ saman telah difailkan.Dokumen dan memorandum turut dipersoalkanPada sesi petang, Shah Nooramie turut disoal mengenai beberapa dokumen yang dikemukakan dalam prosiding, termasuk isu berkaitan MSSD, PSG dan keharmonian.Ketika diminta menunjukkan bukti dalam ikatan dokumen bahawa isu PSG pernah dibangkitkan dalam kumpulan WhatsApp ibu bapa, beliau bersetuju bahawa dokumen berkenaan tidak dapat dikenal pasti pada bahagian yang dirujuk kepadanya.Soal balas turut menyentuh tangkap layar WhatsApp pada halaman 164 hingga 173 serta jawapan kepada soalan nombor 16 dalam pernyataan saksinya.Peguam plaintif mencadangkan bahawa beberapa isu yang dinyatakan saksi tidak terdapat dalam tangkap layar berkenaan dan tiada bukti yang menyokong isu-isu tersebut, namun Shah Nooramie tidak bersetuju dengan cadangan itu.Beliau turut disoal mengenai memorandum yang dikatakan dik
Kes saman fitnah Rita Rudaini: Saksi akui 22 kenyataan merujuk plaintif

Key takeaways
Saksi ketiga dalam kes saman fitnah Rita Rudaini mengakui 22 kenyataan defendan merujuk kepada plaintif.
- Saksi ketiga bersetuju 22 kenyataan defendan merujuk kepada plaintif.
- Mahkamah belum memutuskan sama ada kenyataan tersebut memenuhi unsur fitnah.
- Saksi kedua defendan mengakui tiada bukti tentang hadiah umrah kepada bekas pengetua.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SINAR HARIAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Usahawan hartanah kena bayar RM30,000 saman fitnah gagal
- Free Malaysia Today Kalah saman fitnah, usahawan hartanah rayu keputusan mahkamah
- Sinar Harian Kes saman fitnah Rita Rudaini: Saksi akui 22 kenyataan merujuk plaintif (this story)








