KUALA LUMPUR: The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) meraih pengiktirafan sempena Anugerah Media PERKESO iLINDUNGu 2026.

Ini termasuk Anugerah Kencana KESUMA PERKESO LINDUNG SEMUA bagi kategori utama diterima Pengarang Sunday Vibes dan Life &Times, New Straits Times (NST), Intan Maizura Ahmad Kamal.

Pengiktirafan diberi atas mutu laporan mendalam serta memberi impak positif kepada kesedaran perlindungan sosial masyarakat.

Bagi Kategori Laporan Media Cetak Terbaik pula, wartawan Harian Metro, Mohd Alhafiz Ithnin dinobatkan pemenang tempat pertama.