KUALA LUMPUR - Filem Takdir Terakhir: Last Dive mengetengahkan mesej pemuliharaan hidupan marin dan terumbu karang, selain membuktikan kekurangan fizikal bukan penghalang kepada golongan orang kurang upaya (OKU) untuk meneroka dunia bawah laut menerusi aktiviti selam skuba.Penerbit dan pengarahnya, Datin Dr Wendy Wong berkata, idea menghasilkan filem berkenaan tercetus selepas beliau menyaksikan sendiri keupayaan individu OKU melakukan aktiviti menyelam ketika berada di Amerika Syarikat.Menurutnya, pengalaman bertemu seorang jurulatih selam skuba OKU yang menunjukkan video individu tanpa kaki dan tangan mampu menyelam telah membuka perspektif baharu kepadanya."Apabila melihat video individu tanpa kaki dan tangan yang masih mampu melakukan aktiviti menyelam, saya sangat terkejut."Daripada situ, saya terfikir untuk menghasilkan sebuah filem yang menceritakan keupayaan golongan OKU," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Official Poster dan Trailer Filem Takdir Terakhir: Last Dive serta Pertandingan Nyanyian OST di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Rabu.Pelancaran poster rasmi filem disempurnakan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Dr Hans Isaac, manakala treler rasmi dilancarkan Pengasas Mines Beach Resort Hotel & Wellness Kuala Lumpur, Tan Sri Lee Kim Yew dan pertandingan nyanyian pula dilancarkan Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam IbrahimHadir sama, Penasihat Bersama Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.Wendy berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira setahun untuk memasarkan idea filem berkenaan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Berlin dan Hong Kong sebelum memutuskan untuk meneruskan projek itu.Bagaimanapun, beliau mengakui berdepan kesukaran mendapatkan sokongan pembiayaan kerana pihak yang ditemui lebih cenderung mencadangkan penerbitan filem bergenre seram atau aksi yang dianggap mempunyai potensi komersial."Filem aksi dan seram sudah banyak dihasilkan. Saya mahu menghasilkan filem yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi turut membawa mesej penting kepada masyarakat," ujarnya lagi.Menurut Wendy, pihaknya kemudian menerima bantuan sebanyak RM500,000 daripada FINAS bagi merealisasikan penerbitan filem berkenaan.Beliau menambah, kos penerbitan yang tinggi, khususnya bagi penggambaran bawah air, menyebabkan beliau terpaksa memikul sendiri tanggungjawab sebagai pengarah dan penulis skrip.Katanya, penggambaran filem berkenaan turut berdepan pelbagai cabaran termasuk keperluan menyediakan kemudahan mesra OKU, pengurusan pelakon serta pematuhan prosedur keselamatan aktiviti menyelam.Malah, Wendy bersama pasukannya turut mengikuti kursus menyelam bagi memahami selok-belok aktiviti berkenaan sebelum menjalankan penggambaran.Menurutnya, pengalaman mengikuti kursus selama beberapa hari membuatkan dirinya memahami cabaran yang perlu dihadapi penyelam ketika berada di bawah air.Selain mengetengahkan keupayaan OKU, filem berkenaan turut membe
Filem Takdir Terakhir: Last Dive bawa mesej pemuliharaan lautan, tonjol keupayaan OKU

Key takeaways
Filem Takdir Terakhir: Last Dive menyampaikan mesej pemuliharaan lautan dan menonjolkan keupayaan OKU dalam aktiviti menyelam.
- Filem ini menekankan pentingnya pemuliharaan hidupan marin dan terumbu karang.
- Penerbit, Datin Dr Wendy Wong, terinspirasi oleh keupayaan OKU melakukan aktiviti menyelam.
- Filem ini menunjukkan bahawa kekurangan fizikal bukan penghalang untuk meneroka dunia bawah laut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NURUL HIDAYAH HAMID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗









