KUALA LUMPUR - Seorang pencuci kereta didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan membunuh pemandu lori warga Indonesia dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kuching, pada 4 November lalu.Tertuduh, Mohamad Imran Taj Maloor, 32, menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di hadapan Majistret Faezahnoor Hassan.Mahkamah bagaimanapun tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 28 Januari 2027 sebagai tarikh sebutan semula kes bagi tujuan penyerahan dokumen.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 4.44 pagi membabitkan sebuah lori dan kereta.Menurutnya, siasatan awal mendapati lori dipandu lelaki warga Indonesia berusia 39 tahun itu sedang bergerak di lorong kedua dari kanan sebelum dilanggar sebuah kereta dari arah belakang."Kereta dipandu lelaki berusia 32 tahun yang membawa seorang penumpang lelaki berusia 46 tahun itu melanggar bahagian sisi kanan belakang lori berkenaan."Hentaman itu menyebabkan lori terbabas ke bahu kiri jalan, manakala pemandunya mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, ujian hembusan nafas (EBA II) terhadap pemandu dan penumpang kereta masing-masing merekodkan bacaan 61 miligram (mg) dan 67mg bagi setiap 100 mililiter (mL) alkohol dalam badan.Katanya, kes berkenaan pada peringkat awal disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebelum tertuduh dihadapkan ke mahkamah bagi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur, Vivi Asnita Zaina'Larifin.
Pencuci kereta mabuk berdepan tuduhan bunuh pemandu lori

Key takeaways
Seorang pencuci kereta didakwa membunuh pemandu lori Indonesia dalam kemalangan pada 4 November. Pemandu kereta dan penumpangnya positif alkohol.
- Mohamad Imran Taj Maloor didakwa membunuh pemandu lori Indonesia di Jalan Kuching pada 4 November.
- Kemalangan berlaku kira-kira jam 4.44 pagi, dengan lori terbabas dan pemandu meninggal di tempat kejadian.
- Ujian alkohol menunjukkan pemandu kereta dan penumpangnya mempunyai kandungan alkohol dalam darah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Pencuci kereta mabuk berdepan tuduhan bunuh pemandu lori (this story)








