KUALA LUMPUR - Tiada pihak boleh dibiarkan merompak atau "menyakau" harta rakyat dan negara sekalipun mempunyai jasa selama ratusan tahun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata, sikap berkompromi terhadap amalan rasuah semata-mata bersandarkan kepada jasa adalah bercanggah sama sekali dengan ajaran Islam."Tolerance for evil inilah yang merosakkan kita. Kita yang benci dan menentang rasuah perlu bersuara lebih lantang, sampaikan mesej jelas bahawa tempat pelaku rasuah di penjara," katanya.Menerusi hantaran sama, Perdana Menteri turut berkongsi petikan ucapan beliau pada Forum Ilmuwan MADANI Siri 14, mengenai bahaya sikap serba membiarkan atau permissiveness seperti yang pernah diungkapkan tokoh pemikir dan mantan pemimpin Indonesia, Mohammad Natsir."Saya selalu peringatkan apa yang pernah disebut pemimpin Indonesia, Muhammad Natsir sebagai budaya permissiveness. Semua okey. Rosak sikit, okey. Curi sikit, okey. Sikit berapa? Bilion, okey. Jadi, this tolerance for evil yang merosakkan kita," katanya. - Bernama
Jasa bukan alasan biarkan sesiapa rompak harta rakyat, negara - Anwar

Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan tiada siapa berhak merompak harta rakyat walaupun mempunyai jasa, menolak toleransi terhadap rasuah dan menuntut pelaku dipenjarakan.
- Anwar menolak kompromi dengan rasuah berasaskan jasa berabad-abad
- Menyeru masyarakat bersuara lantang menentang rasuah
- Mengutip ucapan di Forum Ilmuwan MADANI Siri 14 tentang bahaya sikap permissif
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) 'Persahabatan dengan Najib bukan makna biarkan rasuah bilion ringgit'
- Free Malaysia Today Jasa ratusan tahun bukan alasan kompromi rasuah, kata Anwar
- Utusan Malaysia Jasa lampau bukan alasan kompromi dengan rasuah – Anwar
- Sinar Harian Jasa bukan alasan biarkan sesiapa rompak harta rakyat, negara - Anwar (this story)









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNajibRazak2_998141.png&w=480&output=webp&q=85&we)