Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan tindakan UMNO membayar denda RM50 juta bagi pihak Datuk Seri Najib Tun Razak, sambil menegaskan kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak boleh dipandang ringan atas dasar persahabatan.

Anwar berkata hubungan baik dan semangat persahabatan dengan bekas perdana menteri itu tidak seharusnya menimbulkan persespi dalam kalangan rakyat bahawa kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa membabitkan nilai berbilion ringgit boleh dibiarkan tanpa ketegasan.

Bagaimanapun, beliau berkata keputusan UMNO berhubung pembayaran denda itu merupakan hak parti dan kerajaan menghormati proses undang-undang serta keputusan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dari segi perlembagaan.