KUALA LUMPUR: Pengeluar bahan logam Jepun, Mitsui Kinzoku Co Ltd, merancang melabur kira-kira RM4.87 bilion bagi membina kilang pembuatan kerajang tembaga baharu di Malaysia, susulan peningkatan permintaan daripada industri kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor.
Dalam satu kenyataan syarikat, Mitsui Kinzoku berkata kilang baharu itu akan dibina berhampiran anak syarikatnya yang sedia ada, Mitsui Copper Foil (Malaysia) Sdn Bhd, di Shah Alam.
Kilang itu akan mengeluarkan kerajang tembaga ultra nipis MicroThin yang disokong pembawa serta kerajang tembaga VSP jenis elektroenapan, yang masing-masing digunakan dalam pembungkusan semikonduktor dan papan litar frekuensi tinggi.
Operasi kilang itu dijadualkan bermula secara berperingkat mulai April 2031, menurut syarikat berkenaan.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2022%2F01%2F9c33e792c1e96d0f70a1b45cb575dd90.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)