Kuantan: Lelaki ditahan polis selepas pelbagai jenis dadah bernilai RM711,452 dirampas dalam serbuan di kawasan tempat letak kereta dan apartmen, di sini, Sabtu lalu.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, serbuan pada 7.50 malam itu membawa kepada penemuan dadah seberat keseluruhan 48,329.85 gram, membabitkan serbuk dan cecair disyaki MDMA, ketamin, pil ekstasi serta Erimin 5.

"Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan negatif penyalahgunaan dadah.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(2), Seksyen 39A(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.