Jasin: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, mengingatkan pengundi supaya berwaspada terhadap penyebaran maklumat palsu yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Beliau mendakwa sebuah video TikTok palsu yang dihasilkan menggunakan teknologi AI memaparkan dirinya kononnya berjanji memberikan RM25,000 kepada setiap individu.
Mohamad berkata, kemunculan video sedemikian membimbangkan kerana teknologi AI kini semakin memudahkan pihak tidak bertanggungjawab meniru suara ahli politik dan menyebarkan maklumat mengelirukan.
"Semalam, ada video TikTok mendakwa saya berkata semua orang akan menerima RM25,000. Bila masa pula saya pernah berkata begitu?









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2022%2F01%2F9c33e792c1e96d0f70a1b45cb575dd90.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
