Kuala Lumpur: Jangan ambil mudah sekiranya mengalami sakit kepala luar biasa dengan kesakitan dirasai sepantas panahan petir.
Kesakitan itu pula mereda begitu sahaja, memungkinkan mereka yang mengalami menganggap keadaan tersebut sekadar migrain, atau disebabkan oleh keletihan fizikal atau tekanan emosi.
Dan, mungkin selepas mengambil ubat serta berehat seketika, mereka meneruskan aktiviti tanpa memikirkan lagi kesakitan yang dialami hanya beberapa ketika sebelum itu.
Pakar perubatan bagaimanapun memberi amaran, corak sakit kepala sedemikian boleh menjadi petanda kecemasan perubatan yang mengancam nyawa. Lebih-lebih lagi sekiranya mereka tidak menunjukkan gejala lain seperti lemah anggota badan yang menyusuli serangan sakit kepala tersebut.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2022%2F01%2F9c33e792c1e96d0f70a1b45cb575dd90.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
