KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan tidak mengambil ringan ancaman bahaya sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) kerana pelbagai risiko keselamatan yang boleh mengancam nyawa.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata masyarakat perlu sentiasa peka dan tidak melakukan aktiviti berisiko tinggi sepanjang tempoh musim tengkujuh ini.
Katanya, antara ancaman utama perlu diberi perhatian serius oleh masyarakat ialah fenomena kepala air yang sering berlaku di kawasan riadah.
"Saya mahu mengingatkan orang ramai mengenai beberapa perkara yang berisiko berlaku sepanjang monsun timur laut yang perlu diberi perhatian serius.










