SEREMBAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok dan minuman keras menerusi dua serbuan berasingan pada 26 Okt melibatkan nilai termasuk duti berjumlah RM2.56 juta.

Pengarahnya Jamal Paiman berkata rampasan oleh Bahagian Penguatkuasaan itu melibatkan pelbagai barangan bernilai RM359,271 dengan nilai duti RM2.2 juta.

Beliau berkata antara barangan dirampas ialah 3,008,200 batang rokok pelbagai jenama, 2,910.64 liter minuman keras, 221 unit barangan elektrik serta sebuah mesin pembungkusan.

“Serbuan pertama melibatkan pasukan Cawangan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Negeri Sembilan menahan sebuah van Daihatsu di lorong belakang bangunan kedai di Taman Sejahtera, Kuala Lumpur pada kira-kira 3 petang yang dipercayai terlibat mengedar barang seludup untuk pasaran tempatan.