Pengarah JKDM Negeri Sembilan Jamal Paiman berkata antara barangan dirampas 3,008,200 batang rokok pelbagai jenama, 2,910.64 liter minuman keras, 221 unit barangan elektrik serta sebuah mesin pembungkusan. (Gambar Bernama)SEREMBAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok dan minuman keras menerusi dua serbuan berasingan pada 26 Okt melibatkan nilai termasuk duti berjumlah RM2.56 juta.
Pengarah Jamal Paiman berkata, rampasan itu melibatkan pelbagai barangan bernilai RM359,271 dengan nilai duti RM2.2 juta.
Katanya, antara barangan dirampas ialah 3,008,200 batang rokok pelbagai jenama, 2,910.64 liter minuman keras, 221 unit barangan elektrik serta sebuah mesin pembungkusan.







