SHAH ALAM- Peletakan jawatan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibenarkan menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah membuktikan konsistensi pendirian DAP, sama ada ketika menjadi pembangkang mahupun ketika berada dalam kerajaan.Penasihat DAP, Lim Guan Eng berkata, tindakan itu menunjukkan Anthony tetap tegas dan lantang membantah peranan utama Najib dalam skandal 1MDB bernilai RM52 bilion.Menurutnya, DAP sentiasa berbeza kerana berpegang teguh pada prinsip memperjuangkan kebenaran dan menolak kemungkaran."Anthony telah membuktikan dengan jelas bahawa inilah DAP yang sebenar apabila beliau sanggup mengorbankan jawatan demi prinsip, serta melepaskan segala kemudahan dan keistimewaan jawatan demi mempertahankan maruah."Seluruh kepimpinan dan anggota DAP berdiri teguh di belakang Setiausaha Agung, Anthony," katanya menerusi hantaran Facebook pada Rabu.Sebelum ini, Anthony mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta.Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung permohonan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.Dalam kenyataan lima perenggan, Anthony berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan pendirian yang telah diumumkannya pada Jumaat lalu.Tambah Guan Eng, beliau menjunjung tinggi pendirian Anthony yang menepati janji."Dalam masa sama Anthony turut mengamalkan apa yang diperjuangkannya dengan bertindak sedemikian," ujarnya.
Anthony Loke letak jawatan, bukti konsistensi pendirian DAP- Guan Eng

Key takeaways
Anthony Loke meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Najib menjalani tahanan rumah, menegaskan konsistensi pendirian DAP dalam menentang skandal 1MDB.
- Lim Guan Eng memuji keputusan Loke sebagai bukti ketegasan DAP terhadap Najib
- Loke mengumumkan peletakan jawatan serta-merta berikutan keputusan mahkamah
- DAP menyatakan sokongan penuh kepada Loke dalam menegakkan prinsip kebenaran
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM)
Story details
- Published
- By
- ROSKHOIRAH YAHYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Anthony Loke letak jawatan sebaik Najib jejak kaki ke rumah
- Utusan Malaysia Anthony Loke cabar Ahli Parlimen BN letak jawatan
- Malaysiakini (BM) Guan Eng puji Loke letak jawatan, bukti DAP pegang prinsip
- Sinar Harian Anthony Loke letak jawatan, bukti konsistensi pendirian DAP- Guan Eng (this story)








