PUTRAJAYA – "Saya nak nyatakan bahawa saya pilih untuk menjadi seorang ahli politik yang cakap serupa bikin." Itu penegasan bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang mahu memastikan setiap perkara diperkatakan bukan sekadar omongan kosong, sebaliknya dilaksanakan bagi mempertahankan kredibiliti diri sebagai seorang pemimpin.Beliau berkata, sikap ahli politik yang sering tidak menunaikan apa diperkatakan menjadi antara punca golongan itu kurang dipercayai masyarakat.Menurut Anthony, beliau menyedari hakikat bahawa ahli politik sering dianggap sebagai profesion paling tidak dipercayai berdasarkan beberapa tinjauan."Ramai orang hari ini tak percaya kepada cakap-cakap orang politik. Orang politik ini jika mengikut banyak survei, profesion yang paling tidak dipercayai."Sebab orang politik ini ramai yang berpandangan, cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap."Maksudnya apa yang saya katakan, apa yang saya cakap itu akan saya buat, akan saya laksanakan dan bukan omong kosong," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Rabu.AKAN MENYUSUL
'Saya mahu jadi ahli politik yang cakap serupa bikin' – Anthony

Key takeaways
Anthony Loke menyatakan ingin menjadi ahli politik yang cakap serupa bikin untuk mempertahankan kredibiliti.
- Anthony mahu memastikan perkara yang diperkatakan dilaksanakan.
- Ahli politik sering dianggap tidak dipercayai oleh masyarakat.
- Beliau menyatakan pendirian itu dalam ucapan di Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Pengundi mahu saya kembali jadi ADUN Pengkalan Batu – Norhizam
- Sinar Harian 'Saya mahu jadi ahli politik yang cakap serupa bikin' – Anthony (this story)









