KUDAT - Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai disambar buaya dalam kejadian di Sungai Sibumbung, Kampung Semayan, di Pulau Banggi, di sini pada malam Selasa.Jasad Mohamad Hilmi Nurjahid, 9, ditemukan dalam keadaan sempurna oleh bapanya tidak jauh dari lokasi dia disambar reptilia tersebut.Pegawai Pertahanan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kudat, Kapten Abdullah Sabaruddin berkata, pihaknya menerima makluman daripada Balai Polis Karakit berhubung kejadian kanak-kanak dipercayai lemas selepas disambar buaya."Sebaik tiba, pihak APM dan polis bertemu dengan keluarga mangsa untuk mendapatkan maklumat kejadian tersebut."Pada jam 8.10 malam, mangsa dijumpai dalam keadaan sempurna oleh bapa kandung tidak jauh dari lokasi dia disambar buaya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Tambahnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke rumah keluarga sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Budak lemas disambar buaya, jasad ditemukan sempurna

Key takeaways
Kanak-kanak lelaki berumur 9 tahun, Mohamad Hilmi Nurjahid, ditemukan lemas selepas dipercayai disambar buaya di Sungai Sibumbung, Pulau Banggi. Jasadnya masih sempurna dan dibawa ke rumah keluarga sebelum diserahkan kepada polis.
- Kejadian berlaku pada malam Selasa di Sungai Sibumbung, Pulau Banggi.
- Jasad 9 tahun ditemui pada jam 8.10 malam oleh bapanya.
- APM Kudat dan polis bertindak balas segera selepas makluman Balai Polis Karakit.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ASYIKIN ASMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Budak lemas terjatuh dalam kolam takungan ketika memancing
- Malaysiakini (BM) Kanak-kanak hilang ketika riadah di Gopeng ditemukan lemas
- Sinar Harian Budak lemas disambar buaya, jasad ditemukan sempurna (this story)







