Kuala Lumpur: Pempengaruh dan penyanyi, Cik B mengakui pernah mencari kesilapan mahupun kelemahan penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 48, semata-mata mahu membuktikan bahawa dia tidak sesuai untuk ibunya yang juga usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV), 56.
Bagaimanapun, Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamileen Mohammad Amin, 21, berkata usaha berkenaan gagal selepas mendapati Fazley melayan ibunya seperti 'puteri'.
"Secara jujurnya, saya banyak cari salah dan silap Dida (Fazley) untuk buktikan kepada mama (DSV) supaya jangan bercinta dengannya. Namun, saya nampak beliau terlalu sempurna hingga sukar untuk cari apa-apa kesalahan.
"Cara Dida jaga dan layan mama bukan seperti pasangan kekasih biasa. Saya sendiri pernah bercinta dan orang itu tidak melayan saya seperti itu.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F34323223_338552.png&w=480&output=webp&q=85&we)

