HULU SELANGOR – Pelepasan air Empangan Sungai Selangor di sini ditangguhkan buat sementara sekaligus membantu melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga mangsa yang masih hilang selepas dihanyutkan kepala air, di Sungai Pertak, Kampung Pertak, di sini.Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Abdul Razak Muda, berkata, permohonan itu dibuat bagi memastikan aliran arus sungai kekal stabil dan tidak berubah sepanjang operasi pencarian dijalankan."Perubahan aliran arus akibat pelepasan air empangan dikhuatiri menyebabkan kawasan pencarian menjadi lebih luas, sekali gus menyukarkan usaha mengesan mangsa."Kita berkomunikasi dengan pihak pengurusan empangan supaya tidak membuka aliran air bagi tujuan pelepasan sehingga kita benarkan," katanya dalam sidang akhbar di lokasi pencarian, di sini pada Rabu.Abdul Razak berkata, perubahan arus berpotensi menyebabkan kawasan pencarian menjadi lebih luas, terutama di bahagian hilir sungai yang bersambung dengan beberapa aliran sungai lain."Operasi pencarian pada Rabu memberi tumpuan di sektor C membabitkan kawasan jambatan dengan hampir dua pertiga daripada keseluruhan kekuatan anggota penyelamat ditempatkan di kawasan berkenaan," katanya.Beliau berkata, operasi SAR akan diteruskan dengan mengambil kira keadaan cuaca dan keselamatan anggota, selain perkembangan semasa pencarian bersama polis serta agensi berkaitan bagi menentukan tindakan selanjutnya.Seramai 124 anggota daripada pelbagai agensi termasuk JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan badan bukan kerajaan (NGO) terlibat dalam operasi berkenaan.Dalam kejadian pada Isnin, lapan individu dihanyutkan kepala air ketika berada di kawasan Sungai Pertak, dengan lima mangsa ditemukan setakat ini manakala tiga lagi masih belum ditemui.Tiga mangsa yang masih hilang ialah Al Maamari Ahmed Hadi Ali, 20, warga Yemen; Chinnasamy Duraimurugan, 36, dan Monikkoth Raghunath, kedua-duanya warga India.
Tragedi kepala air: Pelepasan air empangan ditangguh bagi mudahkan pencarian - Bomba

Key takeaways
Pelepasan air Empangan Sungai Selangor ditangguhkan sementara operasi pencarian dan penyelamatan tiga mangsa hilang di Sungai Pertak dijalankan.
- Pelepasan air ditangguhkan untuk mengekalkan aliran sungai stabil semasa operasi SAR.
- Operasi SAR melibatkan 124 anggota dari JBPM, PDRM, APM, KKM dan NGO.
- Pencarian difokuskan di sektor C, kawasan jambatan, dengan dua pertiga tenaga penyelamat ditempatkan di situ.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Tragedi kepala air: Pelepasan air empangan ditangguh bagi mudahkan pencarian - Bomba (this story)






%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F34323223_338552.png&w=480&output=webp&q=85&we)


