LONDON: Polis antikeganasan United Kingdom (UK) mengesahkan penahanan seorang pegawai kanan tentera darat Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan mengintip dan menjadi perisik untuk kerajaan Russia semalam.
Anggota tentera berusia 41 tahun itu ditahan berhampiran kawasan Gloucester menerusi operasi khas yang digerakkan oleh Pasukan Polis Antikeganasan London.
Pihak berkuasa mengesahkan penahanan terbabit dibuat mengikut Seksyen 1 dan Seksyen 3 di bawah Akta Keselamatan Negara 2023 berhubung kesalahan mendedahkan maklumat terperingkat serta menolong agensi perisikan asing.
Susulan penahanan itu,polis menjalankan menggeledah dua lokasi berasingan di Gloucestershire bagi mengumpul bukti serta membantu siasatan kes berkenaan.









