Washington: Skandal yang melanda Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nvidia, Jensen Huang, berpotensi memberi kesan besar di Washington apabila pihak yang mahu AS mengambil pendirian lebih tegas terhadap China mengambil kesempatan daripada isu itu untuk mendesak pendekatan lebih keras, yang sebelum ini diketepikan Presiden Donald Trump.
Huang, yang mengasaskan bersama Nvidia sehingga menjadikannya pembekal utama dunia bagi pemproses yang menggerakkan teknologi kecerdasan buatan (AI), pada Ahad mengakui menjalin hubungan sulit dengan Alice Huang.
Wanita itu adalah bekas eksekutif syarikat berpangkalan di Singapura, Megaspeed, yang dipercayai oleh pegawai perisikan AS mempunyai hubungan dengan perisikan China.








