Putrajaya: Perbezaan parti politik bukan penghalang kerjasama berkesan demi kepentingan rakyat, tegas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah ketika mengiktiraf kepemimpinan Anthony Loke menerajui Kementerian Pengangkutan.
Hasbi berkata, kerjasama terjalin sepanjang berkhidmat bersama Loke, membuktikan perbezaan latar belakang politik tidak seharusnya menjadi halangan kepada usaha melaksanakan tanggungjawab dan amanah.
Katanya, masing-masing mempunyai matlamat sama iaitu membangunkan negara, selain memastikan setiap dasar dan perancangan kementerian memberi manfaat kepada rakyat.
"Saya menyatakan kepada rakyat saya di Limbang, walaupun kami berbeza latar belakang, parti dan sebagainya, namun kerjasama antara kami memang betul-betul menzahirkan suatu pencapaian terbaik untuk kementerian dan negara kita.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F05%2F6dc99e953a008489ed624b32254618ae.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)