ALOR SETAR – Taktik menjadikan sebuah rumah sebagai lokasi menyembunyikan wanita warga asing yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia terbongkar apabila 16 wanita Indonesia diselamatkan di Taman Desa Baiduri, Jalan Gangsa, di sini, malam tadi.
Kesemua mangsa berusia antara 20 hingga 46 tahun itu berjaya dibawa keluar dalam operasi menerusi Ops Pintu kira-kira pukul 11.30 malam.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah dalam kenyataan berkata, dua lelaki berusia 31 dan 59 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kegiatan yang disyaki membabitkan kesalahan pemerdagangan orang.
Katanya, antara barang yang disita dalam operasi berkenaan ialah dua kenderaan, iaitu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota RAV4 dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza, 33 pasport Indonesia serta wang tunai berjumlah RM122,598.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F45343534345345_244406.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
