KUALA LUMPUR – “Dida (panggilan terhadap Fazley) terlalu sempurna. Maksud saya, susah nak cari salah silapnya terutama apabila melihat cara dia menjaga dan melayan mama.”

Demikian perkongsian anak usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B yang mengakui tidak menemui sebarang kekurangan pada bakal bapa tirinya, Datuk Fazley Yaakob.

Menurut Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, dia cuba mencari kesalahan Fazley sebelum ini kerana ingin menghalang ibunya berkahwin lagi, namun kekasih ibunya itu disifatkan sebagai lelaki sempurna.

“Sejujurnya, Dida memang baik tetapi tidak tahu mengapa saya yang ada masalah untuk percaya. Mungkin sebab darah muda cuma tak boleh salahkan faktor itu juga.