KUALA LUMPUR: Pelakon baharu, Evanatie Sannie, 25, mengakui dirinya wanita yang dikaitkan dengan kontroversi membabitkan pelakon, Idan Aedan, susulan dakwaan mereka memasuki sebuah hotel bersama-sama yang tular di media sosial.
Bagaimanapun, Evanatie atau lebih mesra disapa Eva menafikan dakwaan berkenaan dan menyifatkannya sebagai fitnah, selain menganggap kontroversi itu sebagai ujian ketika dia baru mula membina kerjaya dalam industri lakonan.
Katanya, dia memahami dunia seni mempunyai pelbagai cabaran, justeru memilih untuk berdepan dengan kontroversi berkenaan secara terbuka tanpa membiarkannya menjejaskan hubungan dengan rakan-rakan.
"Memang saya wanita yang dikaitkan itu, tetapi dakwaan berkenaan adalah fitnah semata-mata.










