KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing memulakan kempen Masters Kumamoto dengan langkah kanan apabila menewaskan wakil Kanada, Jonathan Bing Tsan Lai-Crystal Lai untuk mara ke pusingan kedua, hari ini.
Pasangan ranking ke-14 dunia itu tidak berdepan masalah untuk mencatat kemenangan straight set 21-14, 21-14 dalam aksi pusingan pertama yang berlangsung selama 30 minit pada kejohanan berstatus Super 500 itu.
Kemenangan itu menyaksikan Pang Ron-Pei Jing meneruskan cabaran dalam kejohanan berkenaan selepas mempamerkan aksi meyakinkan untuk menyingkirkan lawan dari Kanada itu.
Bagaimanapun, nasib berbeza menimpa pasangan pilihan kelapan kejohanan, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang terpaksa akur kepada wakil China, Zhu Yi Jun-Li Qian, selepas tewas dalam pertarungan sengit tiga set 19-21, 23-21, 21-23 yang berlangsung selama 56 minit.








