KUALA LUMPUR: Niat awalnya mahu mencari kelemahan Datuk Fazley Yaakob bagi menghalang ibunya, Datuk Seri Vida daripada mengahwini penyanyi dan cef selebriti itu, namun Cik B akhirnya mengakui sukar menemukan sebarang kekurangan pada lelaki berkenaan.
Anak usahawan itu atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, berkata sikap Fazley yang sentiasa mengutamakan kebajikan dan melayani ibunya bak puteri membuatkan dia semakin memahami kebahagiaan yang dikecapi Vida.
Malah, Cik B mengakui cara Fazley menjaga Vida jauh berbeza daripada layanan pasangan lain sehingga membuatkan dia sukar mencari alasan untuk menolak kehadiran lelaki itu dalam keluarga mereka.
"Sejujurnya, saya seorang yang mempunyai masalah kepercayaan. Dida memang baik, tetapi saya yang bermasalah. Saya sendiri pun tidak tahu kenapa.









