KUALA LUMPUR: Pelaburan dalam sektor penjagaan berpotensi menjana pulangan ekonomi menerusi pertumbuhan, pewujudan peluang pekerjaan dan peningkatan pendapatan.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah potensi itu berdasarkan analisis yang dipetik dalam Kerangka Strategik Penjagaan Malaysia yang menunjukkan setiap ringgit dilaburkan dalam sektor berkenaan mampu memberikan manfaat ekonomi lebih luas.
Baginda bertitah, peningkatan populasi warga emas tidak seharusnya dilihat semata-mata dari sudut perbelanjaan kerana pendekatan sedemikian mengabaikan nilai modal insan dan sosial yang dapat dikekalkan menerusi penuaan lebih sihat.
"Melihat populasi menua semata-mata melalui lensa perbelanjaan yang sempit bermakna kita mengabaikan modal sosial dan insan yang besar yang dapat dikekalkan melalui penuaan lebih sihat.








