Seorang lelaki melecur, manakala sembilan motosikal musnah dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Kuala Bekah, Penaga di sini pagi tadi.
Key takeaways
Seorang lelaki melecur dan sembilan motosikal terbakar dalam kebakaran rumah di Kampung Kuala Bekah, Penaga, pada pagi tadi. Kebakaran melibatkan rumah kelas B berkeluasan kira‑kira 40 x 40 kaki persegi dengan kemusnahan sekitar 80 peratus.
- Lelaki melecur semasa kebakaran rumah di Kampung Kuala Bekah, Penaga.
- Sembilan motosikal musnah dalam kebakaran tersebut.
- Rumah berkeluasan kira‑kira 40 x 40 kaki persegi dan kemusnahan anggaran 80 peratus.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
SEBERANG PERAI – Seorang lelaki melecur, manakala sembilan motosikal musnah dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Kuala Bekah, Penaga di sini pagi tadi.
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.18 pagi.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas B berkeluasan kira-kira 40 x 40 kaki persegi dengan anggaran kemusnahan sebanyak 80 peratus.
“Mangsa yang mengalami kecederaan ringan dibawa ke hospital oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya. – KOSMO! ONLINE