TELUK INTAN – Seorang lelaki maut selepas ditetak dengan parang oleh sekumpulan individu di hadapan sebuah kedai di Taman Banjar Jaya di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak telah menerima satu panggilan daripada orang awam melalui talian kecemasan 999 berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3.53 petang.

Beliau berkata, mangsa berusia 48 tahun yang mengalami kecederaan parah ekoran ditetak menggunakan senjata tajam telah dikejarkan ke Hospital Teluk Intan bagi mendapatkan rawatan.