Washington: Teleskop berkuasa tinggi baharu berjaya mengesan kemungkinan planet kerdil di luar Pluto yang dianggarkan antara terbesar pernah ditemukan di kawasan paling jauh dalam sistem suria, lapor Fox News.
Penemuan objek dikenali sebagai 2026 ED138 itu diumumkan pada 27 Oktober lalu, hasil pemerhatian Balai Cerap Vera C Rubin yang terletak di puncak gunung di Chile.
Penyelidik menganggarkan, objek berkenaan mempunyai diameter antara 595 hingga 1,497 kilometer (km) dan diklasifikasikan sebagai objek trans-Neptun kerana mengorbit Matahari di luar Neptun.
Ahli astronomi, Matthew Holman menemuinya pada 13 Oktober ketika meneliti data teleskop menggunakan perisian komputer yang dibangunkannya bersama rakan sekerja, Kevin Napier.










%2Ffile%2F1163%2F1c6039e7215d1f0f5e0e709f5389fa01.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)