DETROIT: Rakyat Amerika Syarikat (AS) sudah hampir tamat mengundi dalam pilihan raya pertengahan penggal yang berpotensi menyebabkan Parti Republikan pimpinan Presiden Donald Trump kehilangan kawalan terhadap Kongres.

Menurut tinjauan pendapat, Demokrat dijangka memenangi Dewan Perwakilan, sementara persaingan sengit di beberapa negeri bagi kerusi Senat akan menentukan sama ada mereka mampu menguasai kedua-dua dewan Kongres.

Persaingan untuk menguasai Senat berlangsung di hampir 10 negeri, menyaksikan persaingan sengit, kebanyakannya kubu kuat Parti Republikan.

Pusat pengundian pertama dijadualkan ditutup pada jam 6 petang waktu Timur AS (11 malam GMT).