London: Bekas pemain nombor satu dunia, Jon Rahm mengakui keputusannya meninggalkan LIV Golf dibuat kerana tidak berpuas hati dengan perubahan yang dicadangkan untuk hala tuju baharu perjalanan golf profesional itu, selain mendedahkan dia belum mengadakan perbincangan dengan Jelajah PGA mengenai kemungkinan kembali beraksi di sana.
Rahm, antara pemain berprofil tinggi yang menyertai LIV Golf, mengumumkan penyertaannya pada Disember 2023 ketika masih bergelar juara Masters, berkata terlalu banyak perkara yang masih belum jelas mengenai hala tuju LIV 2.0.
"Saya hanya mampu mengenang tiga tahun itu sebagai pengalaman positif. Ia pengalaman yang cukup hebat. Saya bermain banyak golf berkualiti dan sudah tentu, secara individu serta berpasukan, kami mencapai keputusan yang baik," kata Rahm kepada pemberita menjelang Kejohanan Abu Dhabi minggu ini.










%2Ffile%2F1163%2F1c6039e7215d1f0f5e0e709f5389fa01.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)