KUALA LUMPUR: Kesibukan membina kerjaya dalam bidang kewartawanan tidak menghalang penyampai berita sukan dan editor sukan TV3, Hasnida Hanim Ahmad Kamil, kembali menuntut ilmu sehingga berjaya meraih Sarjana Pendidikan selepas 18 tahun meninggalkan alam akademik.
Hasnida, yang mempunyai pengalaman 23 tahun dalam bidang penyiaran, berjaya memperoleh kelulusan itu pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-105, baru-baru ini, selepas menyambung pengajian pada 2021.
Kejayaan itu bagaimanapun menuntut pengorbanan besar apabila beliau perlu mengimbangi komitmen kerjaya dengan tanggungjawab sebagai pelajar, termasuk menyiapkan tugasan dan menjalankan penyelidikan pada waktu malam.








