ADA yang mengikuti pembentangan Belanjawan 2027 untuk meneliti angka. Ada pula yang mencari arah pembangunan negara. Namun, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengajak kita menelusuri pemikiran besar yang lahir daripada buku dan khazanah persuratan.

Di sebalik kekayaan rujukan itu, timbul satu persoalan yang dekat dengan dunia penerbitan. Sejauh manakah industri buku turut mendapat tempat dalam perancangan pembangunan negara?

Bertemakan 'Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi', belanjawan kali ini mempertemu kemajuan ekonomi dengan nilai kemanusiaan. Perdana Menteri menegaskan, "Belanjawan negara adalah pernyataan moral atau Waad Nasional sesebuah kerajaan yang bertanggungjawab." Ungkapan itu mengingatkan kita bahawa pembangunan bukan sekadar pertumbuhan angka, malah ia turut membabitkan tanggungjawab mengangkat martabat manusia.