PARIS: Pasukan Haas mengambil keputusan mengejut apabila menamatkan kerjasama dengan pemandu Perancis, Esteban Ocon, sekali gus menutup perjalanan 198 perlumbaan Grand Prix (GP) sepanjang kariernya dalam Formula Satu (F1).
Keputusan berkenaan diumumkan pasukan dari Amerika Syarikat itu, sekali gus menyaksikan Ocon tidak lagi akan bersama Haas bagi baki perlumbaan musim ini.
Ocon sebelum ini sudah diketepikan untuk Grand Prix (GP) Mexico minggu lalu apabila tempatnya digantikan pemandu Jepun, Ryo Hirakawa walaupun dia sempat menyertai kedua-dua sesi latihan bebas pada Jumaat.
Ketua pasukan Haas, Ayao Komatsu berkata, keputusan untuk berpisah dengan Ocon bukan sesuatu yang dibuat secara terburu-buru, sebaliknya demi kepentingan pasukan.









