PENGENDALI Selangor FC, Kim Pan-gon bertegas beliau tidak pernah ‘koyak’ dengan kegagalan pasukannya mara ke perlawanan akhir Piala FA selepas tewas 2-3 secara agregat kepada Kuching City, kelmarin.

Aksi separuh akhir kedua di Stadium Taha Ariffin, kelmarin, The Cats meraih kemenangan 2-0, namun perlawanan ini juga turut dicemari insiden panas dan Pan-gon menuntut Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) melakukan siasatan secara meyeluruh.

“Pemain yang menjaringkan gol tidak boleh datang ke bangku simpanan pasukan lawan dan menyerang ketua jurulatih. Nombor lapan, Nazmi (Faiz Mansor), itu yang menjadikan keadaan kucar kacir.

“Akan ada menang dan kalah, namun mesti adil, semangat kesukanan dan menghormati pasukan lawan. Saya mahu MFL siasat,” katanya yang enggan mengulas lanjut tentang perlawanan.