Kota Bharu: Tokoh tukang karut dan penyanyi dikir barat tersohor Kelantan, Mohammad Zain Ismail, 66, atau lebih dikenali sebagai Jen Endoro, meninggal dunia kira-kira jam 6 pagi tadi di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian akibat kecederaan dalaman pada bahagian perut.
Menurut anak sulungnya, Nur Farahin Mohammad Zin, 33, bapanya dimasukkan ke HPUSM Kubang Kerian sejak minggu lalu selepas keadaan kesihatannya semakin merosot.
Sebelum ini, Mohammad Zain terlantar akibat penyakit angin ahmar yang dihidapinya sejak lima tahun lalu.
"Lebih menyedihkan, ayah sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya pada 26 November ini, namun hasrat itu tidak kesampaian.









