KOTA BHARU – Tukang karut dan penyanyi dikir barat tersohor, Mohd Zain Ismail atau dikenali ‘Jen Endoro’ meninggal dunia di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian hari ini.

Mohd. Zain, 65, disahkan meninggal dunia pada pukul 6.02 pagi selepas terlantar empat tahun akibat strok dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Anaknya, Mohammad Faris, 20, berkata, bapanya telah menerima rawatan di hospital berkenaan sejak enam hari lalu selepas mengalami muntah-muntah.

“Bapa tenat sejak petang semalam. Doktor mengesahkan bapa meninggal akibat strok dan jangkitan kuman pada paru-paru,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.