MELAKA: Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor diingatkan tidak membuat pilihan boleh menyebabkan Barisan Nasional (BN) menjadi pembangkang di negeri sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini.
Pengarah Pilihan Raya DUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan, berkata keyakinan itu bersandarkan rekod DUN Pantai Kundor tidak pernah tewas kepada parti lain, selain komitmen memastikan kerusi berkenaan terus kekal.
Nor Azman berkata, jentera BN perlu bergerak lebih aktif dengan mendekati pelbagai lapisan masyarakat termasuk pimpinan PAS, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pengundi muda.
"DUN Pantai Kundor (BN) tidak pernah kalah, jadi saya harap mereka jangan menyesal kemudian hari.









