KUALA LUMPUR: Antara ketiga-tiga manifesto yang dilancarkan oleh BN-PN, PH dan parti Kancil, dokumen tersebut yang diketengahkan oleh parti pimpinan Datuk Seri Rafizi Ramli dilihat sebagai ‘tong kosong’, dan tidak realistik.
Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS), Kolej Undang-Undang, Kerajaan & Pengajian Antarabangsa (COLGIS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Misrinah Misban berkata, ini kerana ia meniru konsep reformasi yang dibawa oleh PH selama ini dan bakal dilaksanakan oleh seorang menteri yang gagal untuk melaksanakan usaha berkenaan semasa beliau berada dalam Kabinet Kerajaan Madani sebelum ini.
“Mungkin tampak indah daripada segi luarannya kerana ada elemen-elemen reformasi dan demokrasi tetapi akan berdepan masalah dari segi pelaksanaannya kerana ia diterajui oleh pemimpinnya yang mempunyai rekod gagal untuk melaksanakan reformasi dalam Kerajaan Persekutuan sebelum ini.




