HULU SELANGOR: Identiti kesemua lapan mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air di Sungai Pertak semalam telah dikenal pasti.

Kesemua mangsa terdiri daripada seorang lelaki tempatan, warga India (empat), Nepal (dua) dan seorang warga Yemen.

Berdasarkan maklumat awal, kesemua mangsa berusia antara 20 hingga 40 tahun.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) giat mengesan tiga lagi mangsa yang masih hilang.