Key takeaways
Muhammad, 19, pelajar warga Yemen yang terselamat dalam kejadian kepala air di Sungai Pertak, Hulu Selangor, menyatakan cuaca baik dan tiada tanda amaran sebelum arus deras tiba-tiba menghanyutkan rakan-rakannya.
- Kejadian berlaku semasa cuaca baik dan tiada hujan di Sungai Pertak, Hulu Selangor.
- Tiga daripada enam pelajar pergi ke tebing sungai untuk mandi-manda sebelum arus deras melanda.
- Dua rakan berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi masih hilang dan statusnya belum diketahui.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
HULU SELANGOR: “Ketika kejadian, cuaca baik dan tiada hujan. Malah, langsung tiada tanda-tanda kepala air akan berlaku.”
Itu menurut Muhammad, 19, pelajar warga Yemen yang terselamat dalam kejadian kepala air di Sungai Pertak, di sini, semalam.
Menurutnya, dia tiba di sungai berkenaan bersama lima rakannya sebelum tiga daripada mereka pergi ke kawasan tebing sungai untuk mandi-manda.
Katanya, keadaan ketika itu kelihatan tenang sebelum arus deras tiba-tiba melanda dan menghanyutkan rakan-rakannya.