MELAKA: Seramai 9,769 warga Tentera Darat Malaysia (TDM) dan pasangan layak menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, hari ini.
Jumlah itu membabitkan 7,868 anggota tentera dan 1,901 pasangan berdaftar sebagai pemilih.
Cawangan Komunikasi Strategik (CKS), Markas Tentera Darat Malaysia dalam kenyataan berkata, pengundi tertumpu di empat kawasan Parlimen, iaitu Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu dan Hang Tuah Jaya.
"Taburan pengundi warga tentera dan pasangan merangkumi empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Lendu, Durian Tunggal, Sungai Udang dan Bukit Katil.









