Key takeaways
Seramai 9,769 warga Tentera Darat Malaysia dan pasangan layak mengundi awal PRN Melaka ke-16 hari ini, terbahagi kepada 7,868 anggota dan 1,901 pasangan, tersebar di empat kawasan Parlimen dan empat kawasan DUN.
- Jumlah pengundi ialah 9,769, termasuk 7,868 anggota dan 1,901 pasangan.
- Pengundi tersebar di Parlimen Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu, Hang Tuah Jaya dan DUN Lendu, Durian Tunggal, Sungai Udang, Bukit Katil.
- Pengundian awal memberi ruang kepada anggota dan pasangan TDM untuk menunaikan tanggungjawab pengundi.
Summarised automatically by AI from the original article by Harian Metro. AI can make mistakes, so check the original for details.
Melaka: Seramai 9,769 warga Tentera Darat Malaysia (TDM) dan pasangan layak menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, hari ini.
Jumlah itu membabitkan 7,868 anggota tentera dan 1,901 pasangan yang berdaftar sebagai pemilih bagi pilihan raya berkenaan.
Cawangan Komunikasi Strategik (CKS), Markas Tentera Darat Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, pengundi berkenaan tertumpu di empat kawasan Parlimen di negeri ini.
Katanya, kawasan terbabit ialah Parlimen Masjid Tanah (P 134), Alor Gajah (P 135), Tangga Batu (P 136) dan Hang Tuah Jaya (P 137).