Key takeaways
Jaguh judo Perancis, Teddy Riner, mengumumkan hasrat bertanding dalam pilihan raya presiden 2027 melalui media sosial. Beliau menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan pengaruh kanan ekstrem, masalah ekonomi, dan potensi perpecahan dalam masyarakat Perancis.
- Teddy Riner, pemenang lima pingat emas Olimpik, mengumumkan pencalonan presiden 2027 melalui video berdurasi dua minit 37 saat.
- Riner bimbang Perancis akan berdepan perpecahan mendalam dan rakyat hidup dalam suasana saling bermusuhan.
- Beliau mengkritik keadaan ekonomi, hutang negara, birokrasi berlebihan, serta sistem yang menjejaskan masa depan golongan muda.
Summarised automatically by AI from the original article by Harian Metro. AI can make mistakes, so check the original for details.
Paris: Jaguh judo Perancis yang juga pemenang lima pingat emas Olimpik, Teddy Riner mengejutkan dunia sukan apabila mengumumkan hasrat bertanding dalam pilihan raya presiden negara itu pada 2027.
Atlet berusia 37 tahun itu membuat pengumuman menerusi media sosial sambil menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan pengaruh kelompok kanan ekstrem di Perancis.
"Nama saya Teddy Riner dan hari ini, saya ingin menyatakannya secara bersemuka: Saya calon dalam pilihan raya presiden 2027," katanya dalam video berdurasi dua minit 37 saat.
Riner yang dianggap antara jaguh judo terhebat dalam sejarah berkata, beliau bimbang Perancis bakal berdepan perpecahan lebih mendalam, sehingga rakyat hidup dalam suasana saling bermusuhan.