Istanbul: Meta pada Isnin mengumumkan peluasan penggunaan teknologi anggaran umur berasaskan kecerdasan buatan (AI) di seluruh dunia bagi membolehkan jutaan lagi pengguna Instagram dilindungi menerusi ciri Akaun Remaja (Teen Accounts), lapor Anadolu Ajansi (AA).
Menurut syarikat itu, teknologi berkenaan mampu mengenal pasti pengguna yang disyaki masih remaja, walaupun mereka mendaftar menggunakan tarikh lahir yang menunjukkan mereka sudah dewasa.
Meta memaklumkan bahawa akaun yang dikenal pasti milik remaja akan menerima perlindungan bersesuaian dengan umur mereka secara automatik.
Ciri Akaun Remaja mengehadkan individu yang boleh menghubungi pengguna muda, kandungan yang boleh mereka akses serta tempoh masa penggunaan platform itu.









