Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin berkata tindakan ketenteraan lanjut terhadap Iran dilihat tidak diperlukan buat masa ini, namun memberi amaran bahawa Washington tetap bersedia untuk bertindak sekiranya keadaan berubah, lapor Anadolu Ajansi.
"Pada ketika ini, tindakan ketenteraan nampaknya tidak begitu diperlukan, tetapi kami berada dalam keadaan siap siaga dan bersedia untuk bertindak atas apa jua sebab," kata beliau kepada pemberita di Rumah Putih.
Trump turut berkata Israel dan rantau Asia Barat secara keseluruhannya dilindungi daripada 'bahaya dan ancaman' Iran.
"Kami melihat perkembangan ke arah penamatan konflik ini. Saya fikir konflik ini akan berakhir tidak lama lagi," kata Trump.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F05%2F6dc99e953a008489ed624b32254618ae.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)