Melaka: Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor diingatkan supaya tidak membuat pilihan yang boleh menyebabkan Barisan Nasional (BN) menjadi pembangkang di negeri sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Pengarah Pilihan Raya DUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan berkata, keyakinan itu bersandarkan rekod DUN Pantai Kundor yang tidak pernah tewas kepada parti lain, selain komitmen untuk memastikan kerusi berkenaan terus kekal di bawah parti itu.

Menurutnya, jentera BN perlu bergerak lebih aktif dalam baki tempoh kempen dengan mendekati pelbagai lapisan masyarakat termasuk pimpinan PAS, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pengundi muda.

Katanya, beliau juga dijadual bertemu pelajar Tingkatan Enam pada Khamis ini bagi mendekati golongan terbabit dan mengukuhkan sokongan menjelang hari pengundian 14 November ini.